Adakah aku mempunyai peluang kedua?
Bismillah..
Esok 2 Jun.. Hari terakhir peperiksaan ku.. Human Resource Management.. 3 jam..
Aku sangat memerlukan kekuatan sekarang.. Kekuatan yang hanya Dia yang mampu berikan.. Ketenangan bagiku untuk menghadapi ujian pada hari esok..
Aku terfikir, mengapa kadang2 kita akan berkata sesuatu yg tidak kita maksudkan.. Hanya sekadar untuk menyakitkan hati org lain, menahan ego kita sendiri dari jatuh menyembah tanah.. Mengapa ye?
Kita sangat selfish dgn diri kita.. Kita mahukan perhatian dr orang lain (aku sgt menginginkan ada seseorang menulis entry article khas untukku, selfish kan?), kita mahu menjaga air muka kita di hadapan orang lain.. Tapi pernah tak kita terfikir yang kita mahukan perhatian dari-Nya.. Kita mahu menjaga diri kita dari melakukan keaiban di hadapan-Nya yang Maha Melihat..
Astaghfirullah.. Adakah aku masih mempunyai peluang kedua? Peluang untuk menebus diriku.. Peluang untuk membuktikan diriku.. Peluang untuk rewind my life and betulkan kembali semua perkara yang mengaibkan, perkara selfish yg pernah aku lakukan..
Aku tahu perkara itu tidak akan berlaku, sudah ternyata.. Namun aku tahu Dia Maha Memaafkan.. Dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang, yang sangat menyayangi hamba-hamba-Nya.. Yang sangat mahu Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang diberi ujian..
Aku bukanlah seorang yang kuat.. Malah aku masih cuba untuk menguatkan diriku.. Namun aku taktahu mengapa ia amat sukar sekali dilaksanakan..
Aku dapat rasakan yang diriku ini semakin jauh.. Aku semakin jauh.. Jauh dari-Nya, dari kawan2ku, dari familyku, dari saudara2ku, dan dari semua.. Mengapa? *Muhasabah mode*
Sahabat2 semua.. Doakan kesejahteraan kita semua.. Mogakita sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih-Nya selalu..
Aku sgt takut dengan kenyataan diriku yg masih mempunyai ego, masih selfish mngenai diri sendiri.. Perlu lebih bnyk bermujahadah lagi diri ini..=(
Wallahu’alam, Wassalam..
NFAH
yg ada exam esok pd 9.30am..tak sedar diri, sempat tulis article..








